--> ::-webkit-scrollbar {height:12px;width: 12px;background:#FFFFFF;}::-webkit-scrollbar-thumb {background-color:#04fac9;-moz-border-radius: 10px;border-radius: 10px;}
            QIS ♡ ♡ ♡

Sunday, 30 December 2012




Selamat malam, wahai diari peneman setiaku. Maafkan aku kerana mengganggu malam indah mu. Tapi niatku cuma ingin habiskan cerita tentang 30Disember2012 ini tapi sekarang jam telah menunjuk 2.00a.m, macamana nak cerita tentang 30Disember2012? Sekarang dah 31Disember2012 dahlah. Buat apa cerita benda yang dah lepas kan..

Disini, aku keseorangan dimalam yang sepi, sunyi, tiada siapa yang tahu. Tiada teman, tiada lagu, tiada gossips, tiada riuh, tiada kecoh, dan tiada apa apa. Hanyalah diari untuk ditulis. Aku sejujurnya tidak mendapat satu idea pun untuk ditulis. Tapi, aku degil. Aku tetap ingin menulis juga! Biarlah apajadi sekalipun. Hm, entah kenapa tiba tiba malam ni aku terasa sedih. Sedih sangat. Terasa seperti ada sesuatu yang takkena akan berlaku. Mungkin aku gementar, atau mungkin aku risau. Siapa sangka, ini adalah 31Disember2012 yang terakhir. Mungkin juga ini adalah 31Disember yang terakhir buat aku. Tiada lagi selepas ini.. 

Semua pun tahu, banyak perkara dah terjadi pada kita semua pada tahun 2012 ini. Banyak kenangan kenangan menarik untuk diungkitkan di masa hadapan, kan? Dalam 2012 ni juga, aku dah banyak berubah, aku dapat belajar pelbagai perkara, yang kadang kadang buat aku menangis seorang diri tanpa sebab. Aku terlalu memikirkan apa yang bakal jadi dimasa hadapan, aku risau aku takada masa depan yang cerah. Serius, aku risau sangat. Dalam macam macam perkara yang dah jadi di 2012 ini, aku mendapat banyak pengajaran dari setiap apa yang terjadi. Dan aku takharap perkara yang sama terjadi di 2013 nanti, aku cuma harap ada perubahan, perubahan kepada yang LEBIH BAIK. Aku nak berubah. Berubah sepenuhnya, keluar dari segalanya. 

Aku sedar, aku makin teruk sejak 2012 ni. Aku rasa semua orang pun boleh perasan perubahan yang dah aku lakukan itu. Semua tu hanyalah gara gara terlalu mengejar populariti dan kebendaan didunia ni. Aku takpandai jaga diri, aku takpandai bawa diri, aku takpandai nak lari daripada semua nya. Kadang kadang aku terasa seperti aku memang dah takboleh lagi nak lari daripada semua ni. Seolah olah seperti aku dah dikepung. Tiada jalan keluar, tiada kebebasan. 

Aku selalu fikir aku dikongkong, aku takdapat kebebasan yang cukup. Itulah sebabnya aku menjadi jadi. Aku takpuas dengan apa yang aku ada. Tapi sekarang aku sedar, sebenarnya apa yang aku perlukan selama ni hanyalah satu. Dan aku percaya yang satu itu boleh merubah segalanya. Satu itu adalah TEMAN BERCERITA. Aku tiada kawan dirumah, semua ada kerja masing masing. Aku keseorangan, sunyi, hanyalah seperti tin kosong yang tunggu masa nak dibuang. Hm. 

Mungkin, ini adalah 2013 yang terakhir buat aku. Mungkin tiada lagi 2014 buat aku. Kita taktahu ajal kita bila, kan. Taksemestinya muda takboleh mati. Jadi masa muda nilah nak lakukan perubahan. Dah tua nanti, apa kita mampu buat. Tunggu masa nak pergi saja.. Jika benar ini adalah 2013 terakhir buat aku, tiada lagi 2014, aku mohon, 2013, jadilah tahun yang terbaik buat aku. Berikan aku kebahagiaan yang aku takpernah alami selama ini. Berikan semua orang disisi aku bahagia walaupun aku kadang terluka. Tidak mengapa, biarlah mereka bahagia..

Dan sekarang, disinilah aku, menulis sebagai seorang gadis biasa yang tiada apa apa hendak ditayangkan. Yang hanyalah mempunyai hati, hati untuk di"bunga" kan, hati untuk menanggung segalanya. 

Harini, aku menulis dengan penuh perasaan serba salah didada. Aku terfikir, teringat segala salah silap aku yang telah aku lakukan pada semua orang. Takkiralah kecil atau besar. Aku risau, risau takdapat kemaafan. Semua, maafkan aku. Maafkan aku sekarang, sementara aku masih lagi ada disini. Kerana mungkin tiada lagi esok buat aku.

Dear 2013, BE THE BEST TO ME.

-Qistina-

Penat taip. Sudah Bace? Thanks:-D

Posted by qistina at 09:55 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

qistinooo ♡

qistinooo ♡
hi, eighteen. little girl with cute height (( 152cm)). fahmi 's♡ // jemput click gambar di atas tu!

♡ lets get loud ♡

♥ Kisah Kita ♥

  • ►  2018 (1)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 24 (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 19 (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 27 (1)
    • ►  January (1)
      • ►  Jan 26 (1)
  • ►  2013 (3)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 18 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 18 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 30 (1)
  • ▼  2012 (1)
    • ▼  December (1)
      • ▼  Dec 30 (1)
        • Selamat malam, wahai diari peneman se...

gfriend\\ ♡


click this to reach the heaven!
Powered by Blogger.